Sabtu, 31 Januari 2015

KEK MINYAK SUSU KUKUS

Assalamualaikum hari ini rasa teruja sangat sebab ini adalah perkongsian resepi yg pertama dr blog ana ni,hihi..😄, baru buat blog malam tadi.. Lama dh berhajat nk buat blog ni, nmpk mcm rumit je nk buat, tu yg bertanggu..Rupa²nya xde la susah sgt nk buat blog ni kn.. Ok untuk merasmikan blog ana ni, ana nak share dulu resepi yg pertama 'kek minyak susu kukus..'

Kek Minyak susu kukus Yang Sedap
Oleh lyana

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
3 sudu kecil esen vanilla
3 Susu tepung
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.

HUBUNGAN KITA DAN RASULULLAH SAW


Jikalau diibaratkan daripada jalinan hubungan yngg ada diantara kita dgn Nabi itu seperti ikatan tali
berapa banyak agaknya tali yg dipegang oleh Baginda Rasulullah saw utk memegang setiap umatnya yg menyambung hubungan dgn Nabi saw.

Dan sesusah manapun bebanan terpaksa ditanggung dan tali yg dipegang oleh Nabi sekali-kali Nabi Muhammad saw tidak akan melepaskan tali tersebut kecuali dikalangan ummat nya yg melepaskan talinya.

Mungkin ada tali yg sudah kendur yg dipegang oleh Nabi akibat tidak berselawat kepada Nabi atau semakin jauh dari sunnah Baginda Rasulullah saw dan maksiat yg dilakukan yg menyebabkan kendur talinya,dirasa oleh Baginda Rasulullah saw.

Ada tali yg kemas ketika itu bahkan ada tali yg semakin pendek dipegang semakin dekat dgn Rasulullah saw terus ditarik oleh Nabi dgn banyaknya berselawat kepada Rasulullah saw dgn membina sunnah Nabi dlm kehidupan nya,berakhlak dgn akhlak Baginda Rasulullah saw sehingga Nabi mengatakan utk membuktikan akan apa yg dikatakan tadi mengatakakan;
.
"Sedekat-dekat kamu nanti dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yg paling byk berselawat kepada aku". Semakin dekat ditarik oleh Rasulullah saw dan akan memberatkan mizan itu adalah akhlak yg baik dan semakin dekat kita dgn baginda Rasulullah saw.

Lihat tali hubungan kita dengan Nabi saw adakah kendur ataupun semakin dekat dgn Nabi saw,yaitu terpulang kepada kita yg memegang disebalik pegangan Baginda saw dan yakinlah Nabi tidak akan melepaskan talinya.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Petikan Tausiyah Al Habib Najmuddin Bin Othman Al Khered

Islam dahsyat ke istimewaan serta keindahannya

Tunaikan Hak Al Quran

Beruntunglah mereka yang menjadikan Al-quran sebagai "BEST FRIEND" di dunia.
Al-Quran akan jadi peneman setia,pengubat duka di dunia.Penyelamat & sebagai lampu di dalam kubur bahkan jadi Nur untuk menerangi jalan si pembacanya di hari kiamat kelak.