Sabtu, 31 Januari 2015

KEK MINYAK SUSU KUKUS

Assalamualaikum hari ini rasa teruja sangat sebab ini adalah perkongsian resepi yg pertama dr blog ana ni,hihi..😄, baru buat blog malam tadi.. Lama dh berhajat nk buat blog ni, nmpk mcm rumit je nk buat, tu yg bertanggu..Rupa²nya xde la susah sgt nk buat blog ni kn.. Ok untuk merasmikan blog ana ni, ana nak share dulu resepi yg pertama 'kek minyak susu kukus..'

Kek Minyak susu kukus Yang Sedap
Oleh lyana

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
3 sudu kecil esen vanilla
3 Susu tepung
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan