Khamis, 12 Februari 2015

Kek lumut

Assalamualaikum....

Petang ni saya nak share resepi kek lumut.. X pernah pon makan tp teringin nak rasa, so alhamdulillah.. Try buat pertama kalinye, sedap jugak.. Cz rasa holicks..
Tertanya² kenapa kek ni d panggil kek lumut.. Namun tiada jawapan.. Hihi..😊 nak kena tanya org serawak kot..
Berikut resepinye d bawah ye..😊,
selamat mencuba..

450gm buttercup
10 Biji telur 
3/4 cawan gula kastor 
2 cawan nestum yang telah dikisar halus
200gm serbuk horlicks
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil esen vanilla
60 ml pes pandan
1 tin kecil susu pekat manis

Cara-cara membuatnya; 
mentega dipukul bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim.

Masukkan telur satu persatu ( telur jgn dimasukkan sekaligus) dan pukul hingga sebati. 

Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 

Masukkan horlicks,nestum dan tepung gandum ,kacau sehingga adunan sebati. 
Masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah dibubuh kertas minyak dibawahnya. 
Atas loyang hendaklah ditutup untuk mengelakkah wap air masuk, ( guna kertas minyak atau foil)
Adunan dikukus selama 3 atau 4 jam. (Sentiasa cek air kukusan takut kering)
Setelah sejuk baru kek dikeluarkan dari loyang dan disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Rabu, 11 Februari 2015

Almond crunch florentine

Assalamualaikum.. Lame dh x jenguk blog..
Lame dah plan dan teringin nak makan almond crunch florento ni.. Mmg x pernah rasa pon.. Huhu, nak beli yg dh siap mahal pulok..dh la ank ramai..  So baik buat sendiri lg berbaloi dan puas nak mkn... Xdo la nak berebut².. 
Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi.. Hihi, senang sgt je pon kan.. Campak² je.. 😄, next time bole buat lg..

Ni resepi klo ada sesiapa yg nk try buat mcm saya..

BAHAN-BAHANNYA:

500 gm serbuk Florentine
200 gm hirisan badam
200 gm kuaci hijau
200 gm kuaci putih
Sedikit bijan hitam
Sedikit bijan putih

Langkah demi langkah.

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Campur semua bahan kekacang.
2. Masukkan serbuk florentine dan gaul (tinggalkan sedikit serbuk florentine untuk tabur atas kekacang).
3. Ratakan atas dulang 'non-stick'.
Klo loyang biasa alas dgn kertas kek dulu..
4. Tabur dan ratakan lebihan serbuk florentine atas campuran kekacang yang telah diratakan tadi.
5. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit. Bakar florentine selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak (bergantung jenis oven).
6. Setelah masak,  potong bentuk segi empat tepat ketika masih panas.