Khamis, 12 Februari 2015

Kek lumut

Assalamualaikum....

Petang ni saya nak share resepi kek lumut.. X pernah pon makan tp teringin nak rasa, so alhamdulillah.. Try buat pertama kalinye, sedap jugak.. Cz rasa holicks..
Tertanya² kenapa kek ni d panggil kek lumut.. Namun tiada jawapan.. Hihi..😊 nak kena tanya org serawak kot..
Berikut resepinye d bawah ye..😊,
selamat mencuba..

450gm buttercup
10 Biji telur 
3/4 cawan gula kastor 
2 cawan nestum yang telah dikisar halus
200gm serbuk horlicks
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil esen vanilla
60 ml pes pandan
1 tin kecil susu pekat manis

Cara-cara membuatnya; 
mentega dipukul bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim.

Masukkan telur satu persatu ( telur jgn dimasukkan sekaligus) dan pukul hingga sebati. 

Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 

Masukkan horlicks,nestum dan tepung gandum ,kacau sehingga adunan sebati. 
Masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah dibubuh kertas minyak dibawahnya. 
Atas loyang hendaklah ditutup untuk mengelakkah wap air masuk, ( guna kertas minyak atau foil)
Adunan dikukus selama 3 atau 4 jam. (Sentiasa cek air kukusan takut kering)
Setelah sejuk baru kek dikeluarkan dari loyang dan disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan