Ahad, 12 Julai 2015

biskut tembikai kuning

assalamualaikum...
semalam punya cerita...
saya buat tembikai kuning atas resepi sendiri.. tergerak hati nk letak nestum di blend halus..
sesape yg nk try..
bole la try..
nama nye resepi suka suka hati..

Resepi Biskut Tembikai

by zara umairah

Bahan-bahan
300 gram mentega
1 cwn gula kastor
1 biji kuning telur Gred C
4 sudu besar susu pekat
2 cwn tepung gandum
2 cwn tpg jagung
60 gram nestum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. letak tepung gandum dgn tepung jagung yg sudah diayak dengan nestum,serbuk penaik dan garam sedikit demi sedikit. Uli perlahan menjadi doh.
2. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian...
Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau.
Boleh juga campurkan hanya 1 bah dgn warna kuning dulu, kemudian barulah dicampurkan warna kuning atau hijau kpd bah satu lagi mengikut keperluan adunan utk mengelakkan bah. yg diwarnakan tidak cukup. bijan tak campur terus dgn bah kuning tp ditempekkan pada bah kuning hanya selepas biskut dipotong. )

3.Step by step membentuk biskut tembikai;
no 1. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh hijau setebal 3 mm. Kalau susah nak canai, bulatkan dan leperkan dgn hujung jari setiap satu.
no 2. Sapu sedikit putih telur pada bebola kuning kemudian salutkan dengan doh hijau.
no 3. Bulatkan dan pastikan semua bahagian bulat kuning tertutup.Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).

no 4. Belah 4 bebola tadi(mcm belah buah)dgn pisau yg tajam. betulkan bentuk biskut sikit2 dgn tangan (masa ni boleh tempek bijan hitam/biji selasih pd bah kuning). atur di dalam paper cups (utk bg biskut bentuk melengkung mcm tembikai) dan barulah di letak di atas tin pembakar.

4.Siap utk dibakar . panaskan oven dulu. Bakar pada suhu 150 C selama 20-25 min atau hingga masak.

Ahad, 5 Julai 2015

Dahlia Susu

assalamualaikum...

salam ramadhan...
hari ini hari yg sangat² meletihkn...
pagi tadi pergi kelas agama sampai tghr dan terus p beli barang pulak kt mydin.. n then p tukar handbag, handbag bru beli smlm tercabut pulak skru nya, nasib baik bole tukar yg lain... alhamdulillah..
balik rumah dh zohor, lps zohor baca hadith pulak.. jam 2.30ptg bru start buat biskut raya dan biskut dahlia susu..

alhamdulillah sedap dan rangup... yg paling best, x kembang dan x jatuh...
so hrni sy nak kongsikan resepi pada yg sudi... hihihi.

Dahlia susu resepi

Bahan-bahan :

500gm butter
1 tin susu pekat
200gm tepung ubi*
50gram tepung gandum*
500 gm tepung jagung* * campur kedua3 tepung dan diayak terlebih dahulu
3 sudu susu tepung
2 sudu teh esen vanila

hiasan coklat chip / ceri

Cara-caranya

Butter dan susu pekat di pukul guna mixer @ hand whisk pun boleh..jgn pukul terlalu lama…agak2 butter dan susu pekat sebati je..kalau pukul kembang nanti hasilnya biskut jadi kembang
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung tadi..
uli biar sebati Guna acuan semperit masukkan sedikit dlm acuan ..
resepi ni mmg senang sangat nak keluar..press kannya atas dulang pembakar..
Panaskan terlebih dahulu oven (suhu 160c selama 10 minit)
Kemudian bakar la biskut ni dlm 15-18 minit saya guna api atas..
Keluarkan tunggu ia sejuk sedikit baru alihkan ..

Tips :

1. Masa kacau butter ngan susu tu jgn pukul lama dan kembang/gebu..just sebati je adunan tu

2. saya tambah tepung gandum sebab sy x suka kuih terlalu peroi sangat..

Nota : Sumber Gambar dari saya(fb zara umairah) tapi sumber Resepi dari Fb Puan Tahrunnisah tp saya ubah suai sikit ikut citarasa suka² hati..