Ahad, 12 Julai 2015

biskut tembikai kuning

assalamualaikum...
semalam punya cerita...
saya buat tembikai kuning atas resepi sendiri.. tergerak hati nk letak nestum di blend halus..
sesape yg nk try..
bole la try..
nama nye resepi suka suka hati..

Resepi Biskut Tembikai

by zara umairah

Bahan-bahan
300 gram mentega
1 cwn gula kastor
1 biji kuning telur Gred C
4 sudu besar susu pekat
2 cwn tepung gandum
2 cwn tpg jagung
60 gram nestum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. letak tepung gandum dgn tepung jagung yg sudah diayak dengan nestum,serbuk penaik dan garam sedikit demi sedikit. Uli perlahan menjadi doh.
2. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian...
Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau.
Boleh juga campurkan hanya 1 bah dgn warna kuning dulu, kemudian barulah dicampurkan warna kuning atau hijau kpd bah satu lagi mengikut keperluan adunan utk mengelakkan bah. yg diwarnakan tidak cukup. bijan tak campur terus dgn bah kuning tp ditempekkan pada bah kuning hanya selepas biskut dipotong. )

3.Step by step membentuk biskut tembikai;
no 1. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh hijau setebal 3 mm. Kalau susah nak canai, bulatkan dan leperkan dgn hujung jari setiap satu.
no 2. Sapu sedikit putih telur pada bebola kuning kemudian salutkan dengan doh hijau.
no 3. Bulatkan dan pastikan semua bahagian bulat kuning tertutup.Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).

no 4. Belah 4 bebola tadi(mcm belah buah)dgn pisau yg tajam. betulkan bentuk biskut sikit2 dgn tangan (masa ni boleh tempek bijan hitam/biji selasih pd bah kuning). atur di dalam paper cups (utk bg biskut bentuk melengkung mcm tembikai) dan barulah di letak di atas tin pembakar.

4.Siap utk dibakar . panaskan oven dulu. Bakar pada suhu 150 C selama 20-25 min atau hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan