Isnin, 10 Ogos 2015

Nasi Arab Mandy kambing

assalamualaikum.. lama dah x update blog.. huhu.. sejak ada page resepi sendiri.. blog dh terkurang layan le pulak...
ok saje nk cerita..
hari ini terlajak rajin pulak...
teringin nk makan nasi mandi..
so buat la nasi mandy kambing.. alhamdulillah.. sebiji mcm kt kodai... kihkih... di sini saya nk share resepi..
selamat mencuba...

Nasi Arab Mandy Kambing

bahan² 
rempah mandy homemade untuk 1 kg beras..

1 sudu jintan putih*
1 sudu ketumbar*
15 biji bunga cengkih*
10 biji buah pelaga*
20 biji lada hitam*

goreng tanpa minyak, hingga garing & blend halus
½kg beras basmathi di rendam 4 jam
2 biji bawang holland potong dadu
3 biji bawang putih potong 2
1 sudu rempah mandy yg d blend tadi
2½ cawan air stok kambing yg d rebus
garam 3 sudu kecil
saffron
smoke flavour( pengganti arang)

tumis bawang besar & putih hingga garing & masukkn rempah mandy
dh garing masukkn air stok daging dan daging yg d rebus empuk.. dah mendidih masukkn beras.. garam gula sedikit..
nasi dah hampir masak..
taburkn saffron n smoke flavour.. dan biar kn seketika.. dan gaul rata..

Sos Harrah

2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
1sudu tomato paste
daun ketumbar
garam
gula

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan.

Salad Arab
3 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
4 biji cili padi hiris
2 biji cili hidup hiris
Daun ketumbar
1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk lada hitam
lemon sebiji
2 sudu gula

Campurkan semua bahan dan gaul rata.

rempah mandy homemade untuk 1 kg beras..

1 sudu jintan putih*
1 sudu ketumbar*
15 biji bunga cengkih*
10 biji buah pelaga*
20 biji lada hitam*

goreng tanpa minyak, hingga garing & blend halus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan