Rabu, 9 September 2015

RED VELVET MOIST

RED VELVET MOIST
by zara umairah
sumber:Sheila Rusly Bahannya:
360gm tepung gandum *
1 st baking powder *
1 st soda bikarbonate *
1 st garam halus *
2 sb serbuk koko * * diayak bersama

400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung ~ saya guna minyak masak biasa
2 bj telur A
1 cawan butter milk ~ 1 cwn susu cair + 1 sb cuka
@ ~ 3/4 cwn yougurt plain + 1/4 cwn susu cair
2 st esen vanilla 1 sb pewarna merah 1 st cuka masakan
1/2 cawan air panas

CREAM CHEESE FROSTING
250gm cream cheese
30 gm butter
1 sb esen vanilla/ jus lemon ~ saya guna 1st oren sunquick
2sb susu cair
50gm gula halus = Resepi Sheila Rusly=

** satukan semua bahan dan pukul hingga halus Caranya:
1. Dalam bekas, satukan gula, minyak, telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Gaul rata dengan menggunakan whisk.
2. Tambah air panas dan cuka masakan, gaul lagi sehingga rata.
3. Tambah bahan yang diayak sikit sikit sambil digaul rata.
4. Masukkan adunan dalam loyang yg telah digris dan bakar pada suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak.
5. Dah masak, sejukkan kek kemudian dipotong 2 bahagian. Kalau tak nak potong, boleh bakar 2 loyang berasingan. 6. Hias dengan cream cheese dan sejukkan dalam peti ais.

Biskut dahlia semperit pandan

RESEPI BISKUT SEMPERIT PANDAN Bahan A 200gm mentega 100gm gula ising 1 biji kuning telur 1/4 tsp pes pandan/pandan emulco 1/2 tsp pewarna hijau epal Bahan B 250gm tepung gandum 50gm tepung jagung 30gm tepung kastard Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand Cara : 1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan digaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam 2. Guna nozzle tart gulung dan tekan keatas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz yang dikehendaki. 3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30mnt atau hingga kekuningan. 4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna. 5. Biskut ini agak nipis, jika mahu lebih tebal tindihkan selapais lagi. Sumber : Citarasawan.blogspot.com