Rabu, 9 September 2015

Biskut dahlia semperit pandan

RESEPI BISKUT SEMPERIT PANDAN Bahan A 200gm mentega 100gm gula ising 1 biji kuning telur 1/4 tsp pes pandan/pandan emulco 1/2 tsp pewarna hijau epal Bahan B 250gm tepung gandum 50gm tepung jagung 30gm tepung kastard Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand Cara : 1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan digaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam 2. Guna nozzle tart gulung dan tekan keatas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz yang dikehendaki. 3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30mnt atau hingga kekuningan. 4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna. 5. Biskut ini agak nipis, jika mahu lebih tebal tindihkan selapais lagi. Sumber : Citarasawan.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan