Isnin, 16 Mac 2015

ROTI SARANG LEBAH BERSAMA SOS BUTTERSCOTCH

Assalamualaikum.. Rezeki untuk hari ini.. Order dr member,roti sarang lebah.. Alhamdulillah..
Dah alang² buatkn order tu, ana buatkn sekali roti untuk anak², alhamdulillah.. Anak² x putus² puji roti umi sedap.. Tu yg teruja nak buat macam² tok anak², cz suka tengok dorang makan, berselera mkn dgn hasil air tangan umi..
Maklum la, air tangan umi tu lah ada keberkatan..betul x?
(⌒▽⌒)..
Ok,untuk kali ini ana nk share resepi roti sarang.. Selamat mencuba ye..


RESEPI ROTI SARANG LEBAH DENGAN SOS BUTTERSCOTCH

Bahan-Bahannya:

Untuk Bun
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu yis kering (mauripan atau lain-lain)
1/2 sudu baking powder
Secubit garam
1/2 cawan air masak
1/4 cawan plain yogurt/ whiping cream
1/4 cawan minyak sun flower (rasanya boleh juga guna minyak masak lain)
Badam hiris, kuaci hijau, bijan hitam utk hiasan atas jika suka

Susu cair + pewarna kuning setitik = pilihan utk sapu atas doh sblm bakar (ini saya tambah).

Untuk Sos
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
25gm mentega/butter
1/2 cawan whipping cream
1 sudu esen vanilla
Secubit garam.

Cara-Cara Membuatnya:

Buat Doh Roti
1) Larutkan gula dlm air masak, masukkan yis kacau sehingga larut. Biarkan seketika sehingga yis naik.
2) Satukan bahan-bahan lain seperti tepung, garam, baking soda dalam bekas.
3) Setelah campuran yis naik, masukkan yogurt dan kacau sedikit biar sebati.
4) Masukkan campuran yis dan yogurt tadi ke dalam bekas tepung dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang melekat di tangan.
5) Kemudian masukkan minyak sun flower sedikit demi sedikit sambil menguli dan menyental doh tadi. Adunan memang lembut dan melekat di tangan, tidak mengapa. Tidak perlu tambah tepung. Gunakan minyak untuk elakkan melekat.
6) Uli doh sehingga betul-betul sebati. Lagi lama anda uli, lagi cantik tekstur roti anda nanti.
7) Rehatkan doh dengan cara menutup bekas dengan palstik atau cara mudah masukkan bekas ke dalam oven @ microwave yang tidak di 'ON'.
8) Biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda.
9) Jika anda menggunakan Bread Maker, pastikan anda masukkan bahan-bahan cecair (campuran yis+yogurt dan minyak) dahulu, kemudian masukkan bahan-bahan kering (tepung dan lain-lain) dan biarkan BM anda meneruskan tugasnya.
10) Bila doh naik, tumbuk-tumbuk doh supaya anginnya keluar.
11) Dengan menggunakan minyak, bulat-bulatkan doh sebesar buah langsat.
12) Susun dalam loyang yang dah di sapu mentega. Setelah habis taburkan badam hiris, biji kuaci dll. Rehatkan semula doh tadi sehingga naik 2 kali ganda.
13) Sementara itu, panaskan oven selama 10-15 min (api atas bawah) dgn suhu antara 180°-200° selsius.
14) Setelah doh naik, tukarkan menjadi api bwh sahaja dan masukkan doh yang telah naik tadi. Bakar dengan suhu 180-200°c selama 10 min (suhu ikut jenis oven). Kemudian guna api atas sahaja bakar selama lbh krg 5 minit.

Cara membuat sos (elok dibuat sementara menunggu doh naik)

1) Pastikan semua bahan sos tersedia sebab takut nanti sos hangus.
2) Panaskan mentega dalam periuk, setelah cair masukkan brown sugar kacau sehingga gula larut.
3) Masukkan cream/susu cair, esen vanilla dan garam..kacau seketika dan angkat. Biarkan sejuk.
4) Setelah roti masak, tuang sos atas roti ketika roti masih panas-panas.
5) Bagi saya, roti ini sedap di makan waktu roti dah agak sejuk.

Nampak macam panjang dan susah nak membuatnya tapi sebenarnya mudah je. Sesiapa yang dah biasa masak memasak ni mesti akan rasa mudah.

Selamat mencuba!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan