Rabu, 9 September 2015

RED VELVET MOIST

RED VELVET MOIST
by zara umairah
sumber:Sheila Rusly Bahannya:
360gm tepung gandum *
1 st baking powder *
1 st soda bikarbonate *
1 st garam halus *
2 sb serbuk koko * * diayak bersama

400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung ~ saya guna minyak masak biasa
2 bj telur A
1 cawan butter milk ~ 1 cwn susu cair + 1 sb cuka
@ ~ 3/4 cwn yougurt plain + 1/4 cwn susu cair
2 st esen vanilla 1 sb pewarna merah 1 st cuka masakan
1/2 cawan air panas

CREAM CHEESE FROSTING
250gm cream cheese
30 gm butter
1 sb esen vanilla/ jus lemon ~ saya guna 1st oren sunquick
2sb susu cair
50gm gula halus = Resepi Sheila Rusly=

** satukan semua bahan dan pukul hingga halus Caranya:
1. Dalam bekas, satukan gula, minyak, telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Gaul rata dengan menggunakan whisk.
2. Tambah air panas dan cuka masakan, gaul lagi sehingga rata.
3. Tambah bahan yang diayak sikit sikit sambil digaul rata.
4. Masukkan adunan dalam loyang yg telah digris dan bakar pada suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak.
5. Dah masak, sejukkan kek kemudian dipotong 2 bahagian. Kalau tak nak potong, boleh bakar 2 loyang berasingan. 6. Hias dengan cream cheese dan sejukkan dalam peti ais.

Biskut dahlia semperit pandan

RESEPI BISKUT SEMPERIT PANDAN Bahan A 200gm mentega 100gm gula ising 1 biji kuning telur 1/4 tsp pes pandan/pandan emulco 1/2 tsp pewarna hijau epal Bahan B 250gm tepung gandum 50gm tepung jagung 30gm tepung kastard Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand Cara : 1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan digaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam 2. Guna nozzle tart gulung dan tekan keatas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz yang dikehendaki. 3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30mnt atau hingga kekuningan. 4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna. 5. Biskut ini agak nipis, jika mahu lebih tebal tindihkan selapais lagi. Sumber : Citarasawan.blogspot.com

Isnin, 10 Ogos 2015

Kuih Pandan Bakar

Resepi mudah dan sedap sesuai untuk minum petang

Kuih pandan bakar
by zara umairah
Bahan bahan untuk anggaran 6 biji
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1/2 cawan susu cair
4 biji telur
garam secubit
Sedikit pewarna hijau - saya guna pes pandan
Sebagai hiasan - sedikit bijan

Cara membuatnya
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
Blender hingga sebati.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya. Taburkan bijan (jika suka).
cara dapur masak
bakar cara dapur panas kn acuan atas dapur, bila letak minyak n sapu sikit pakai daun pandan jika nk wangi dh betul panas acu terus letak bahan td dan terus kecilkn api.. tutup kn bagi masak rata..dlm 15 minit.
cara oven

Bakar dulu acuan atas api dh betul2 panas bru letak bahan td dah tutup api dan angkat masuk kn dlm oven dan bakar selama 40 minit pada suhu 150c hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak dan garing bolehlah tambah masa membakar.

Nasi Arab Mandy kambing

assalamualaikum.. lama dah x update blog.. huhu.. sejak ada page resepi sendiri.. blog dh terkurang layan le pulak...
ok saje nk cerita..
hari ini terlajak rajin pulak...
teringin nk makan nasi mandi..
so buat la nasi mandy kambing.. alhamdulillah.. sebiji mcm kt kodai... kihkih... di sini saya nk share resepi..
selamat mencuba...

Nasi Arab Mandy Kambing

bahan² 
rempah mandy homemade untuk 1 kg beras..

1 sudu jintan putih*
1 sudu ketumbar*
15 biji bunga cengkih*
10 biji buah pelaga*
20 biji lada hitam*

goreng tanpa minyak, hingga garing & blend halus
½kg beras basmathi di rendam 4 jam
2 biji bawang holland potong dadu
3 biji bawang putih potong 2
1 sudu rempah mandy yg d blend tadi
2½ cawan air stok kambing yg d rebus
garam 3 sudu kecil
saffron
smoke flavour( pengganti arang)

tumis bawang besar & putih hingga garing & masukkn rempah mandy
dh garing masukkn air stok daging dan daging yg d rebus empuk.. dah mendidih masukkn beras.. garam gula sedikit..
nasi dah hampir masak..
taburkn saffron n smoke flavour.. dan biar kn seketika.. dan gaul rata..

Sos Harrah

2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
1sudu tomato paste
daun ketumbar
garam
gula

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan.

Salad Arab
3 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
4 biji cili padi hiris
2 biji cili hidup hiris
Daun ketumbar
1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk lada hitam
lemon sebiji
2 sudu gula

Campurkan semua bahan dan gaul rata.

rempah mandy homemade untuk 1 kg beras..

1 sudu jintan putih*
1 sudu ketumbar*
15 biji bunga cengkih*
10 biji buah pelaga*
20 biji lada hitam*

goreng tanpa minyak, hingga garing & blend halus

Ahad, 12 Julai 2015

biskut tembikai kuning

assalamualaikum...
semalam punya cerita...
saya buat tembikai kuning atas resepi sendiri.. tergerak hati nk letak nestum di blend halus..
sesape yg nk try..
bole la try..
nama nye resepi suka suka hati..

Resepi Biskut Tembikai

by zara umairah

Bahan-bahan
300 gram mentega
1 cwn gula kastor
1 biji kuning telur Gred C
4 sudu besar susu pekat
2 cwn tepung gandum
2 cwn tpg jagung
60 gram nestum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. letak tepung gandum dgn tepung jagung yg sudah diayak dengan nestum,serbuk penaik dan garam sedikit demi sedikit. Uli perlahan menjadi doh.
2. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian...
Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau.
Boleh juga campurkan hanya 1 bah dgn warna kuning dulu, kemudian barulah dicampurkan warna kuning atau hijau kpd bah satu lagi mengikut keperluan adunan utk mengelakkan bah. yg diwarnakan tidak cukup. bijan tak campur terus dgn bah kuning tp ditempekkan pada bah kuning hanya selepas biskut dipotong. )

3.Step by step membentuk biskut tembikai;
no 1. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh hijau setebal 3 mm. Kalau susah nak canai, bulatkan dan leperkan dgn hujung jari setiap satu.
no 2. Sapu sedikit putih telur pada bebola kuning kemudian salutkan dengan doh hijau.
no 3. Bulatkan dan pastikan semua bahagian bulat kuning tertutup.Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).

no 4. Belah 4 bebola tadi(mcm belah buah)dgn pisau yg tajam. betulkan bentuk biskut sikit2 dgn tangan (masa ni boleh tempek bijan hitam/biji selasih pd bah kuning). atur di dalam paper cups (utk bg biskut bentuk melengkung mcm tembikai) dan barulah di letak di atas tin pembakar.

4.Siap utk dibakar . panaskan oven dulu. Bakar pada suhu 150 C selama 20-25 min atau hingga masak.

Ahad, 5 Julai 2015

Dahlia Susu

assalamualaikum...

salam ramadhan...
hari ini hari yg sangat² meletihkn...
pagi tadi pergi kelas agama sampai tghr dan terus p beli barang pulak kt mydin.. n then p tukar handbag, handbag bru beli smlm tercabut pulak skru nya, nasib baik bole tukar yg lain... alhamdulillah..
balik rumah dh zohor, lps zohor baca hadith pulak.. jam 2.30ptg bru start buat biskut raya dan biskut dahlia susu..

alhamdulillah sedap dan rangup... yg paling best, x kembang dan x jatuh...
so hrni sy nak kongsikan resepi pada yg sudi... hihihi.

Dahlia susu resepi

Bahan-bahan :

500gm butter
1 tin susu pekat
200gm tepung ubi*
50gram tepung gandum*
500 gm tepung jagung* * campur kedua3 tepung dan diayak terlebih dahulu
3 sudu susu tepung
2 sudu teh esen vanila

hiasan coklat chip / ceri

Cara-caranya

Butter dan susu pekat di pukul guna mixer @ hand whisk pun boleh..jgn pukul terlalu lama…agak2 butter dan susu pekat sebati je..kalau pukul kembang nanti hasilnya biskut jadi kembang
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung tadi..
uli biar sebati Guna acuan semperit masukkan sedikit dlm acuan ..
resepi ni mmg senang sangat nak keluar..press kannya atas dulang pembakar..
Panaskan terlebih dahulu oven (suhu 160c selama 10 minit)
Kemudian bakar la biskut ni dlm 15-18 minit saya guna api atas..
Keluarkan tunggu ia sejuk sedikit baru alihkan ..

Tips :

1. Masa kacau butter ngan susu tu jgn pukul lama dan kembang/gebu..just sebati je adunan tu

2. saya tambah tepung gandum sebab sy x suka kuih terlalu peroi sangat..

Nota : Sumber Gambar dari saya(fb zara umairah) tapi sumber Resepi dari Fb Puan Tahrunnisah tp saya ubah suai sikit ikut citarasa suka² hati..

Selasa, 9 Jun 2015

Mari Mengenal Tepung

MARI MENGENAL TEPUNG Sumber :

Apa itu Tepung ?

JENIS :

TEPUNG SERBA GUNA / PLAIN FLOUR Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati. *FUNGSI : Tepung Serbaguna (All Purpose Flour) Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau. Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

JENIS : TEPUNG BERPROTEIN TINGGI Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.
*FUNGSI : Tepung High Protein Di kenali sebagai tepung utk roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli. Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

JENIS : TEPUNG PAU / TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.
*FUNGSI : Tepung ini sesuai untuk membuat pau kerana sangat cerah dan putih. Pau juga akan menjadi lembut dan halus.

JENIS : TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
*FUNGSI : Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour) Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik. Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek

JENIS : TEPUNG SUPERFINE / TEPUNG KEK Superfine sama kategori dengan flourcake flour. Tekstur tepung ini halus, seperti self raising flour tapi TIADA bahan penaik di dalamnya seperti self raising flour. Tepung nie dikotegori dalam tepung low protien.
*FUNGSI : Tepung ini lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri. Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

JENIS : TEPUNG HONG KONG / WATERLILY FLOUR Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa. *FUNGSI : Tepung Hongkong (Waterlily Flour) Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut. Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

JENIS : TEPUNG ROSE/ TEPUNG BISKUT Tepung rose sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun kita tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum. Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Elok kalau dibuat Biskut Almond London.
*FUNGSI : Tepung Red Rose (Cookies Flour) Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies. Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup. Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut. Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi. Kegunaan : Produk-produk pastri

JENIS : TEPUNG HOEN KWEE Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. - Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow). - Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. - Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih.
*FUNGSI : Tepung Hoen Kwee Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.

JENIS : TEPUNG BERAS/ Rice flour - Dikenali sebagai tepung beras.
*FUNGSI : Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.

JENIS : TEPUNG PULUT / Glutinous rice flour - Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya.
*FUNGSI : Biasanya digunakan untuk membuat kuih tradisional yang lain.

JENIS : TEPUNG JAGUNG / Corn flour - Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan.
*FUNGSI : Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.

JENIS :  TEPUNG OPTIMA Dikenal Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya. *FUNGSI :  Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan moxer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

JENIS : TEPUNG KASTAD / Custard powder - Dikenali sebagai tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung.
*FUNGSI :  Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan & mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut. Itu antara jenis2 tepung & fungsinya. Sebenarnya banyak lagi tepung2 yg belum tersenarai di sini. Cuma penggunaan tepung yg xtersenarai agak terhad & jarang digunakan. Berdasarkan pencerahan yg diberikan ini, semoga kita semua akan lebih arif & makin kenal tepung yang sesuai utk masakan kita. InsyaAllah..sama2 kita share smile emoticon