Sabtu, 14 Mac 2015

Rєsєpı Roţı Mѧňıs Bıjѧň

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM...

Lame dah x meroti, so semalam pulak terasa nak meroti.. Roti ape lg,roti yg paling mudah dan senang jew la yg mampu buat, lgpon x perlu byk bahan.. Bahan yg tersedia ade kt rumah..
Lepas buat roti tu semalam ana update la kt fb, tetiba ade kawan pm, nak order roti mggu depan 5 bungkus.. Alhamdulillah rezeki dr allah..
Dah lame terpendam hati nk share resepi kt blog ni, tp busy memanjang..
So hrni la ana berkesempatan nk tulis blog ni..
Resepi di bawah yer:-

Resepi Roti Manis

375 gm tepung 'high protein
125 gm tepung superfine
100 gm gula halus
2 sudu susu pekat manis
1 sudu besar susu tepung.
1 sdk improver
25 gm shortening.
25 gm marjerin.

[Bahan bancuhan Yis]
11 gm yis (saya guna 12gm sebab dah beli peket 12gm).
1bj telur.
1/2 sudu teh garam.
1 sudu gula.
Air secukupnya (sila rujuk bhgn cara bancuhan yis).

[Bahan bancuhan 'egg wash'*]
1-2 sudu besar susu pekar @ susu cair.
1 biji kuning telur.
*bancuhan ini untuk disapu atas bun sebelum dibakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat.

Tepung extra 'extra' untuk.menguli doh (perlu juga walaupun menggunakan bread maker)
Marjerin untuk disapu pada roti ketika masih panas

Langkah 1: bancuhan yis.
1. Sukat air 100ml, ketepikan (air untuk mencuci bekas bancuhan yis).
2. Pecahkan telur ke dalam bekas penyukat, tambahkan garam dan gula.
3. Tambahkan air sehingga sukatan menjadi 125ml, kacau rata sehingga gula agak larut.
4. Tambahkan yis, kacau rata dan biarkan yis mengembang sekejab.
(Pastikan bahan-bahan kering dalam Langkah 3 sudah tersedia sebelum menambah yis ke dalam bekas sukatan, jika tidak yis akan cepat mengembang dan melimpah).

Langkah 2: Doh Roti.
A. Uli dengan tangan.
1. Masukkan bahan-bahan kering (tepung, gula halus dan susu tepung)ke dalam mangkuk adunan, gaul rata bahan tersebut.
2. Buatkan satu lubang di tengah mangkuk.
3. Tuangkan bancuhan yis (dari Langkah 2) (dari Langkah 1) ke tengah mangkuk dan gaul perlahan-lahan dari tengah dengan mengambil sedikit-demi sedikit tepung ke tengah mangkuk. Jangan lupa masukkan sekali air yang diguna untuk mencuci bekas bancuhan yis tadi.
4. Uli sehingga semua tepung menjadi dan tidak melekit di dinding mangkuk dan jari. Sekiranya doh masih lembut, tambahkan tepung gandum 'extra' sedikit demi sedikit.
5. Akhirnya, masukkan marjerin dan shortening ke dalam doh, uli ladi sehingga doh lembut, licin dan elastik. (10-15 minit).

B. Uli dengan mixer.
1. Masukkan semua bahan kering dalam mangkuk adunan, gaul dengan speed perlahan.
2. Tambahkan bancuhan yis, air untuk "mencuci" bekas dan tang zhong, putar perlahan hingga sebati.
3. Tambahkan kelajuan mixer ke medium setelah adunan yis dan tepung bergaul dengan agak sebati. Sekiranya doh masih lembut, tambah lebihan tepung gandum tadi.
4. Apabila doh dah terbentuk dan ridak melekat di dinding mangkuk, tambah marjerin dan shortening, putar lagi sehingga adunan sebati dan elastik.
*tips cek dok elastik: tarik tepung tidak putus.

C. Uli dengan bread maker(saya gunakan noxxa BM)
1. Masukkan bahan cair (bancuhan yis).
2. Masukkan campuran tepung.
3. Akhir sekali masukkan shortening, marjerin dan tang zhong.
*hentak bekas 3 kali sebelum masukkan dalam BM dan BM menjalankan tugasnya.

Langkah 4: Memerap doh dan membuat bun (jika uli secara manual).
1. Sediakan satu mangkuk besar dan minyakkan mangkuk tersebut di seluruh permukaannya.
2. Masukkan doh ke dalam mangkuk tersebut, letakkan juga sedikit minyak di permukaan doh.
3. Tutup dengan tuala lembab/cling film dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda (perapan pertama).
*Anggaran masa: 1-1 1/2 jam.
4. Bila doh sudah kembang, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
5. Timbang doh mengikut berat yang dikehendaki (40/50/60 gm).
6. Bulatkan doh-doh kecil tersebut dan rehatkan selama 10 minit (perapan kedua) sebelum dibentuk menjadi bun.
7. Setelah siap bentukkan bun, biarkan doh mengembang sekali ganda (perapan ketiga) barulah boleh dibakar dalam oven.
8. Pastikan loyang disapu dengan marjerin dan sapukan bun dengan 'egg wash' sebelum dimasukkan ke dalam oven.
9. Sebelum itu, panaskan oven dengan api atas bawah pada suhu 170°c. Masukkan bun dan tukar api bawah sahaja, setkan masa 10-12 min. Kemudian tukar ke api atas sahaja dengan suhu 180°c selama 5-8 min.

*suhu dan masa adalah bergantung kepada jenis oven - KENALI OVEN ANDA.

10. Setelah bun masak, keluarkan dari oven dan cepat-cepat sapukan marjerin di atasnya ketika masih panas supaya bun menjadi cantik, berkilat dan lembut.
11. Biarkan bun sejuk sebelum dimasukkan dalam plastik atau bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan