Khamis, 2 April 2015

Merawat anak selsema

1) Minyak bawang putih (Garlic Oil) Minyak bawang putih ini boleh digunakan sama ada untuk disapu pada dada ataupun tapak kaki anak jika anak anda mengalami batuk/ selsema .
Caranya: Bakar bawang putih diatas api tanpa membuang kulit bawang tersebut. Setelah itu lenyekkan bawang tersebut di dalam pinggan yang berisi minyak. Anda boleh gunakan sama ada minyak zaitun/ minyak masak. Kemudian sapukan pada tapak kaki/dada anak anda.

2) Kaedah Stokin Bawang Putih (Garlic Socks) Caranya: Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk (tidak perlu lumat ) Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).
Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.
Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap sehingga ke paru-paru. Ini merupakan cara yang bagus untuk menentang jangkitan bakteria dan memulihkan sistem imun badan.

Isnin, 23 Mac 2015

Resepi kuih vadai @ wadeh

Resepi kuih vadai@ wadeh

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. 
Perkongsian untuk hari ini.. 
Minum petang kami untuk hari ni, kuih wadeh..
Terlajak banyak pulak buat hari ni, 3 pinggan penuh, so ana bagi kat family adik sikit, pastu bagi la kat jiran sebelah... Tap tup, x lama lepas tu, jiran tu tanya.. Camner buat wadeh tu, sedap.. Pe resepi nya.. Hihi.. Mane x nye.. Kaw² letak jintan manis.. Pastu sebelum tumbuk tu ana goreng kering dulu..
Ok, bawah ni ade resepi nye..
Selamat mencuba..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
1 biji bawang besar, dadu kecil
1½ sudu besar jintan manis d goreng tanpa minyak dan tumbuk..
1 sudu besar jintan putih d goreng tanpa minyak dan tumbuk
2 tangkai cili kering, gunting kecil² (sy guna cili boh, cz xde cili kering)
2 tangkai daun kari, d gunting kecil²
Garam secukup rasa
1 sudu Rempah kari

CARA MEMBUATNYA :-)
Toskan kacang dhal tadi, kemudian separuh d kisar hingga separa hancur, separuh lg d tumbuk kasar.
Kisar tanpa air. (guna food processor). Tuang ke dalam bekas.
Masukkan jintan manis, jintan putih,cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma. Boleh hidangkan untuk minum petang... Selamat mencuba!!.

Ahad, 22 Mac 2015

DONUT GEBU

Assalamualaikum...

Oleh kerana adik ada di rumah, so ana buat menu minum petang hari ini adalah donut, alhamdulillah..mmg puas hati, gebu lg sedap.. Hihi..
Sesiapa yg ingin kn resepi ana sila lihat resepi di bawah ye,
Selamat mencuba..

Resepi donut gebu..

Bahan-bahan
1kg tepung gandum
1sudu kecil baking powder
½ peket yis segera
1sudu kecil improver
60g marjerin/mentega d cair kan
1 sudu besar (penuh) shortening
3 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam

200ml air suam suam kuku
150ml susu cair sejat
(Air bergantung pd kuantiti tepung)

Gula halus untuk toping

Cara-cara
Masukkn air suam,susu cair dan susu pekat d dalam cawan n gaul kn garam dan gula sehingga sebati n last gaul kn bersama telur sebiji...

Masuk kan tepung dalam bekas gaul kan bersama yis kering, improver, baking powder n bikarbinat soda..
Kemudian masukkn marjerin cair n shortening.. Dah gaul.. kemudian masukkn Air campuran d atas tadi uli sampai betul² kental n elastik..uli lagi lama lg bagus.. 30 minit paling kurang..
Perap sejam n bentukkn n tunggu stgh jam lg, baru goreng..

SELAMAT MENCUBA...

Khamis, 19 Mac 2015

KEK COKLAT MOIST VERSI BAKAR

Assalamualaikum... Sempena cuti sekolah ni, rasa cam nk buat sesuatu yg special tok anak², lg pon anak buah ade kt rumah.. So elok sgt la nak buat kek time kumpul² dgn dorang ni.. Rasa bersemangat la sikit, cz ramai yg nk mkn.. Resepi tok kali ni, ana nak share kek coklat moist, versi bakar.
Biasa ana kukus je, tp kali ni nk test bakar pulak... Errmm... Mmg best, nampak lg kemas bila bakar.. Gebu n lembut pon sama cam kukus jugak... Mmg sedap.. Mak ana pon suka..katanya lain kali buat lg.. Cz x puas mkn.. Haha..ok selamat mencuba..

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:
2 cawan tepung gandum(sy guna tepung penaik bluekey)
1st baking powder(x perlu jika guna tepung penaik)
1st soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko

1/2cawan milo

BAHAN B:
4 biji telur
1½ cawan gula halus
1 cawan minyak sayur
1 cawan susu pekat
1 ½  cawan air panas

CARA:

satukan bahan A dan ayak...kemudian ketepikan
Pukul telur dan gula hingga putih guna high speed
Masukkan susu dan minyak pukul dengan low speed
Masukkan bahan A dan gaul sebati
Last baru masukkan air panas kacau rata
Lenserkan loyang dengan mentega dan tepung
Tuang adunan dan bakar 1 jam suhu 140-150°c hingga masak...kalau suhu kuat sangat nanti kek merekah dan kurang moist...
Sejukkan baru toppingkan dengan coklat...

TOPPING COKLAT BIASA:
1/2cawan susu cair
3sb susu pekat
200gm coklat masak ~1 bar/paket kecil
2sb butter

CARA:

cairkan secara double boiled susu cair dan susu pekat
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair
Padamkan api baru masukkan butter dan kacau hingga butter cair
Boley curahkan atas kek yg dah sejuk..

SELAMAT MENCUBA

Isnin, 16 Mac 2015

ROTI SARANG LEBAH BERSAMA SOS BUTTERSCOTCH

Assalamualaikum.. Rezeki untuk hari ini.. Order dr member,roti sarang lebah.. Alhamdulillah..
Dah alang² buatkn order tu, ana buatkn sekali roti untuk anak², alhamdulillah.. Anak² x putus² puji roti umi sedap.. Tu yg teruja nak buat macam² tok anak², cz suka tengok dorang makan, berselera mkn dgn hasil air tangan umi..
Maklum la, air tangan umi tu lah ada keberkatan..betul x?
(⌒▽⌒)..
Ok,untuk kali ini ana nk share resepi roti sarang.. Selamat mencuba ye..


RESEPI ROTI SARANG LEBAH DENGAN SOS BUTTERSCOTCH

Bahan-Bahannya:

Untuk Bun
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu yis kering (mauripan atau lain-lain)
1/2 sudu baking powder
Secubit garam
1/2 cawan air masak
1/4 cawan plain yogurt/ whiping cream
1/4 cawan minyak sun flower (rasanya boleh juga guna minyak masak lain)
Badam hiris, kuaci hijau, bijan hitam utk hiasan atas jika suka

Susu cair + pewarna kuning setitik = pilihan utk sapu atas doh sblm bakar (ini saya tambah).

Untuk Sos
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
25gm mentega/butter
1/2 cawan whipping cream
1 sudu esen vanilla
Secubit garam.

Cara-Cara Membuatnya:

Buat Doh Roti
1) Larutkan gula dlm air masak, masukkan yis kacau sehingga larut. Biarkan seketika sehingga yis naik.
2) Satukan bahan-bahan lain seperti tepung, garam, baking soda dalam bekas.
3) Setelah campuran yis naik, masukkan yogurt dan kacau sedikit biar sebati.
4) Masukkan campuran yis dan yogurt tadi ke dalam bekas tepung dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang melekat di tangan.
5) Kemudian masukkan minyak sun flower sedikit demi sedikit sambil menguli dan menyental doh tadi. Adunan memang lembut dan melekat di tangan, tidak mengapa. Tidak perlu tambah tepung. Gunakan minyak untuk elakkan melekat.
6) Uli doh sehingga betul-betul sebati. Lagi lama anda uli, lagi cantik tekstur roti anda nanti.
7) Rehatkan doh dengan cara menutup bekas dengan palstik atau cara mudah masukkan bekas ke dalam oven @ microwave yang tidak di 'ON'.
8) Biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda.
9) Jika anda menggunakan Bread Maker, pastikan anda masukkan bahan-bahan cecair (campuran yis+yogurt dan minyak) dahulu, kemudian masukkan bahan-bahan kering (tepung dan lain-lain) dan biarkan BM anda meneruskan tugasnya.
10) Bila doh naik, tumbuk-tumbuk doh supaya anginnya keluar.
11) Dengan menggunakan minyak, bulat-bulatkan doh sebesar buah langsat.
12) Susun dalam loyang yang dah di sapu mentega. Setelah habis taburkan badam hiris, biji kuaci dll. Rehatkan semula doh tadi sehingga naik 2 kali ganda.
13) Sementara itu, panaskan oven selama 10-15 min (api atas bawah) dgn suhu antara 180°-200° selsius.
14) Setelah doh naik, tukarkan menjadi api bwh sahaja dan masukkan doh yang telah naik tadi. Bakar dengan suhu 180-200°c selama 10 min (suhu ikut jenis oven). Kemudian guna api atas sahaja bakar selama lbh krg 5 minit.

Cara membuat sos (elok dibuat sementara menunggu doh naik)

1) Pastikan semua bahan sos tersedia sebab takut nanti sos hangus.
2) Panaskan mentega dalam periuk, setelah cair masukkan brown sugar kacau sehingga gula larut.
3) Masukkan cream/susu cair, esen vanilla dan garam..kacau seketika dan angkat. Biarkan sejuk.
4) Setelah roti masak, tuang sos atas roti ketika roti masih panas-panas.
5) Bagi saya, roti ini sedap di makan waktu roti dah agak sejuk.

Nampak macam panjang dan susah nak membuatnya tapi sebenarnya mudah je. Sesiapa yang dah biasa masak memasak ni mesti akan rasa mudah.

Selamat mencuba!.

Sabtu, 14 Mac 2015

DOA KHUSUS DARI ISTERI BUAT SUAMI TERCINTA

Dօa ҡɦʊsʊs ɖaʀɨ ɨstɛʀɨ ɮʊat sʊaʍɨ...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu maka Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di syurga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya ya allah

Tetapi Ya Allah...
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Ya allah kau tutup kn lah pintu hati suami ku agar tindak tunduk kepada keindahan dunia mu, tidak tergoda dgn hawa nafsu syaitan..

Ya allah
Kau tutup kan lah keaiban dan keburukan hamba d depan suami hamba, dan kau tunjuk kn lah hanya kebaikan hamba d depan mata suami hamba..

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka, Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Cara RASULULLAH SAW Terhadap isterinya

'CARA RASULULLAH SAW TERHADAP ISTERINYA'

1. Kalau ada pakaian yang koyak,Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya..

Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual..

2. Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk di makan,sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur..

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan Kalau Nabi berada di rumah,beliau selalu membantu urusan rumah tangga..

3. Jika mendengar azan,beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai shalat..

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi..

Tentulah baginda teramat lapar waktu itu..

Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan..

Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar..

Maka Nabi bertanya : Belum ada sarapan ya Khumaira..??

(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ( ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah : Belum ada apa-apa wahai Rasulullah..

Rasulullah lantas berkata : Jika begitu aku puasa saja hari ini,tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda..

5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya..

Rasulullah menegur,‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar,‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah di beri nasihat dia tetap begitu juga,jadi aku pukul lah dia : Aku tidak menanyakan alasanmu , sahut Nabi Muhammad ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu..??

6. Pernah baginda bersabda : Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya..

Prihatin,sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH Shallallahu'alaihi Wasallam dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah Shalallahu'alaihi wasalam menolak sama sekali rasa kesombongan..

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak di jadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain,ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya..

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda,baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak..

10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi..

Bila di tanya oleh Sayidatina ‘Aisyah : Ya Rasulullah,bukankah engkau telah di jamin Syurga..??

Mengapa engkau masih bersusah payah begini..??

Jawab baginda dengan lunak : Ya ‘Aisyah,apakah aku tak boleh menjadi hamba-NYA yang bersyukur..??

SubhanALLAH..

Semoga kita dikaruniai pasangan halal yang tulus mencintai kita dan mampu saling membahagiakan..

Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin..